Panduan
Khas Bakal Pengantin
Rahsia Perkahwinan dan Info Adat Malam Pertama
untuk Bakal Pengantin
1) ISTIGHFAR
2) MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
Makna: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
dan aku
bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
3) SELAWAT KE ATAS NABI
4) MEMBACA FATIHAH
5) RUKUN ISLAM
- mengucap dua kalimah syahadah
- mendirikan solat
- berpuasa di bulan Ramadan
- menunaikan zakat
- mengerjakan haji bagi yang mampu
6) RUKUN IMAN
- beriman kepada Allah
- beriman kepada para malaikat
- beriman dengan kitab-kitab suci
- beriman dengan para Rasul
- beriman dengan Hari Akhirat
- beriman dengan Qada' dan Qada
7) SEBAB-SEBAB BERHADAS BESAR
- bersetubuh sama ada keluar air mani atau tidak
- keluar air mani sama ada dengan sengaja atau tidak
- meninggal dunia kecuali mati syahid
- setelah habis haid
- nifas iaitu darah yang keluar setelah melahirkan anak
8) LARANGAN KETIKA BERHADAS BESAR
- mendirikan solat
- mengerjakan haji
- duduk di dalam masjid
- menyentuh dan membaca Al-Quran
9) LAFAZ NIAT DAN CARA MANDI HADAS
cara mandi hadas:-
- niat
- menghilangkan kotoran dan najis pada badan
- meratakan air ke seluruh badan
10) BAHAGIAN- BAHAGIAN AIR
AIR MUTANAJIS
- air sedikit yang dicemari dengan najis
- tidak harus digunakan
- suci tetapi tidak boleh guna untuk menyucikan benda
lain.
AIR MUTLAK
- ia suci lagi menyucikan
- terdiri dari segala air yang turun dari langit dan
keluar dari bumi. Harus digunakan untuk makan dan
minum, boleh guna untuk menghilangkan najis serta
hadas.
contoh air mutlak:-
1) hujan
2) embun
3) sungai
4) laut
5) mata air
6) perigi
7) salji
AIR MUSYAMMAS
- suci tetapi makruh digunakan
- boleh menyucikan benda-benda lain
contohnya:- air dalam bekas dan terdedah pada
sinaran matahari
AIR MUSTA'MAL
- air yang suci tetapi tidak menyucikan
- air yang sedikit (kurang dari dua kolah dlm kiraan
liter = 270 liter) telah
digunakan dalam basuhan fardu
daripada hadas iaitu basuhan pertama.
- harus digunakan selagi tidak berubah disebabkan
kemasukan najis didalamnya.
11) BAHAGIAN-BAHAGIAN NAJIS DAN CARA BERSUCI
- najis mukhaffafah (najis ringan)
seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan selain
daripada susu ibu. Untuk mensuci memadai hanya percikkan air atas
benda yang terkena air kencing itu meskipun air itu tidak mengalir.
Bagi kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain
daripada susu ibu hendaklah basuh sampai mengalir air di atas benda
yang kena najis dan hilang zat dan sifat-sifatnya sebagaimana
menyucikan kencing orang dewasa.
- najis mutawasittah (najis pertengahan)
najis ini ialah najis yang lain selain najis mukhaffah dan najis
mughallazah Menurut Buku
Indahnya Hidup Bersyariat, karya Datuk
Ismail Kamus, antara contoh
najis mutawassitah adalah darah,
nanah, muntah, tahi, air kencing, air wadi, air mazi dan
seumpamanya.
nanah, muntah, tahi, air kencing, air wadi, air mazi dan
seumpamanya.
Cara menyucikan najis
mutawassitah hendaklah dicuci dengan air
mutlak dengan menghilangkan
tiga perkara iaitu ainnya (zat atau
warna), baunya dan
rasanya. Ketiga-tiga ini hendaklah dihilangkan
dengan bersungguh-sungguh
tetapi sekiranya diusahakan tetapi
tidak hilang, maka tidaklah diwajibkan meneruskannya
tidak hilang, maka tidaklah diwajibkan meneruskannya
lagi
kerana Allah SWT tidak memberatkan seseorang melainkan
sekadar yang termampu
olehnya
- najis mughallazah (najis berat)
najis ini terdiri daripada anjing dan babi serta benda-benda yang
terjadi daripadanya.
Cara menyucikannya:
- bersihkan bahagian yang terkena najis.
- basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti
menggunakan tanah bersih yang dicampurkan
dengan air.
- gunakan air mutlak untuk basuhan seterusnya
(sebanyak enam kali) sehingga hilang bau, warna dan
rasa.
12) RUKUN WUDHUK DAN PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK
- Niat - Niat wudhuk (( نويت رفع الحدث ا لاصغر لله تعا لى ))
- ertinya:- sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala
- membasuh muka
- membasuh dua tangn sampai ke siku
- menyapu sebahagian daripada kepala dengan air
- membasuh dua kaki sampai ke dua buku lali
- tertib
PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK
1- Telah keluar sesuatu dari dubur dan kubul walaupun angin.
2- Tertidur kecuali jika tidur itu duduk dengan tetap (tidak
beralih pungung)
3- Jika telah hilang ingatan disebabkan mabuk,gila,pengsan dan
sebagainya.
4- Jika telah bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan yang
sudah cukup umur dan yang halal nikah.
5- Jika bersentuh tapak tangan atau jari dengan kemaluan
atau dubur.
13) SOLAT dan RUKUN
1- Niat
2- Takbiratul Ihram
3- Berdiri tegak bagi yang berkuasa ketika solat fardhu dan bagi
yang tidak berkuasa, disebabkan sakit dan sebagainya boleh
melakukannya secara duduk, berbaring , telentang atau
dengan isyarat.
4- Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat.
5- Rukuk dengan toma`ninah.
6- I`tidal dengan toma`ninah
7- Sujud dua kali dengan toma`ninah
8- Duduk antara dua sujud dengan toma`ninah
9- Duduk tasyahud/tahiyyat akhir dengan toma`ninah
10- Membaca tasyahud akhir
11- Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahud akhir
12- Membaca salam yang pertama
13- Tertib ertinya mengikut urutan dalam mengerjakan rukun-rukun
tersebut.
14) RUKUN NIKAH dan PERKARA YANG BERKAITAN
1. Pengantin lelaki
Pengantin lelaki
mestilah seorang Islam, baligh, berakal,
tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa
kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang,
lelaki yang tertentu dan perempuan
yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada
dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri
kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan
perempuan yang tertentu.
3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah
lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak
diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau
kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan
diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul.
Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara
serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi
perkahwinan itu.
4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal,
merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak
dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan
seorang lelaki yang fasik.
5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh,
berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan
melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami
bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak
terkena atasnya menjadi wali.

15) TANGGUNGJAWAB SUAMI,ISTERI DAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Tanggungjawab suami
1- menyediakan
mahar untuk isteri
2- menyediakan tempat tinggal
3- memberi nafkah, makan dan minum, pakaian
4- memberi nafkah batin
5- adil kepada isteri-isteri jika berpoligami
6- memberi didikan agama
Tanggungjawab isteri
1- mentaati suami dalam semua perkara selagi tidak
mendatangi kemungkaran
2- memelihara kehormatan diri dan maruah suami
3- memelihara harta suami, menguruskan rumahtangga
4- tidak keluar rumah tanpa izin suami
5- menghias diri untuk suami
6- melayan suami dengan baik
Tanggungjawab bersama
Tanggungjawab bersama bermaksud kewajipan yang perlu
dilaksanakan oleh kedua belah pihak secara bersama dalam
usaha mewujudkan sebuah ikatan suami isteri yang kukuh dan
padu. Tanggungjawab tersebut adalah sebagaimana berikut:
1- Pergaulan yang baik
Suami isteri mestilah mempunyai hubungan dan pergaulan
yang baik dan harmonis mengikut landasan yang diredhai
Allah. Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan yang kesat
serta perkataan yang boleh menyakiti hati pasangan
walaupun dengan hanya tujuan untuk bergurau.
2- Amanah
Amanah memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di
dalam perhubungan suami isteri. Sifat amanah ditanamkan di
dalam diri masing-masing dan jangan sesekali melakukan
sebarang pengkhianatan dan ada niat jahat di dalam
pergaulan harian suami isteri dari sekecil-kecil perkara
sehingga kepada sebesar-besar perkara.
3- Saling kasih mengasihi
Perasaan kasih sayang yang suci dan ikhlas perlu ada di
dalam perhubungan di antara suami isteri.
Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri
dan perasaan ini ditambah lagi dengan sikap timbangrasa,
dan perkara ini juga jika diamalkan sudah pastinya
keharmonian dalam rumahtangga akan terpancar.
4- Saling percaya mempercayai
Sikap saling percaya mempercayai di antara suami isteri
adalah perlu bagi mengekalkan keharmonian
di dalam hidup berumahtangga. Tanpa sikap ini pasangan
akan terdedah kepada prasangka buruk yang boleh
menjejaskan keharmonian di dalam berumahtangga dan
boleh meretakkan hubungan suami isteri. Suami isteri juga
tidak perlu meragui keikhlasan dan kebenaran pasangan
masing-masing sekiranya tidak ada tanda-tanda
penyelewengan dilakukan oleh mana-mana pihak
5- Faham memahami
Sikap saling faham memahami di antara satu sama lain adalah
sikap yang perlu ada pada diri setiap pasangan suami isteri.
Dengan adanya sikap ini secara tidak langsung akan menambah
dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri.
Segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan
baik dan sempurna sekiranya sikap ini diamalkan dengan ikhlas.
6- Saling tolong menolong
Islam tidak memberatkan kerja-kerja harian rumahtangga
seperti memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah,
menjaga anak dan sebagainya untuk dipikul oleh isteri semata-
mata. Sebaliknya kerja-kerja tersebut sebenarnya adalah
tanggungjawab bersama di antara suami isteri. Sekiranya
sikap tolong menolong ini diamalkan oleh suami isteri
diyakini akan terlahirlah sebuah keluarga yang
harmoni dan tenteram.
7- Memenuhi keperluan seksual
Di antara tanggungjawab bersama yang perlu disempurnakan
oleh pasangan suami isteri adalah menyempurnakan keperluan
seksual masing-masing. Ramai pasangan suami isteri yang
enggan berbincang mengenai hubungan seks mereka dengan
pasangan. Mereka beranggapan bahawa perkara tersebut
adalah terlalu rahsia dan sulit untuk dibincangkan.
Pendapat serta pandangan ini ternyata salah dan ianya lari
dari matlamat sebenar perkahwinan sebagaimana
yang dianjurkan syarak.
Islam amat memandang serius perkara ini serta beranggapan
bahawa perhubungan seksual ini adalah merupakan
sebahagian kehidupan perkahwinan yang harus dibina
bersama oleh suami dan isteri demi keharmonian
rumahtangga. Manakala untuk membinanya suami isteri
harus menyedari bahawa hubungan seksual harmoni
memerlukan kepada proses pembelajaran.
Tanggungjawab untuk belajar ini bukan terletak sahaja
kepada suami malah suami isteri kedua-dua harus
mengambil inisiatif untuk mempelajarinya.
16) TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-ANAK
- mendidik anak-anak terhadap akhlak yang baik
- melayan anak-anak dengan kasih sayang
- memberi nafkah makan dan minum, pakaian serta tempat tinggal
- berlaku adil kepada setiap anak-anak. Keadilan hendaklah
diratakan kepada anak-anak.
Sifat adil itu sangat hampir dengan takwa.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Bertakwalah kamu
kepada Allah dan berlaku adillah di antara anak-anak kamu.”
(Hadis riwayat Muslim)

17) AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN
- aurat lelaki menurut
hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut.
- aurat perempuan ialah
seluruh anggota badannya kecuali
wajah, tapak tangan dan
tapak kaki.
18) WAKTU-WAKTU HARAM BERSETUBUH
- dilarang bersetubuh
disiang hari pada bulan Ramadan
- ketika isteri datang
bulan/haid
- ketika dalam ihram
- ketika beriktikaf dalam
masjid
19) TALAQ (maksud dan yang boleh rujuk dan tidak
boleh rujuk)
Pengertian Talaq
- dari segi bahasa :
melepaskan ikatan
- dari segi istilah :
melepaskan ikatan perkahwinan dengan
lafaz
talaq dam seumpamanya oleh suami
kepada isteri.
Contoh lafaz talak:
Talak sarih
- Lafaz
yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti
“Saya
talak awak” atau “Saya ceraikan awak” atau “Saya
lepaskan
awak daripada menjadi isteri saya” dan sebagainya.
Talak kinayah
- Lafaz
yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti
“Pergilah awak ke rumah mak awak” atau “Pergilah awak dari
sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan sebagainya.
Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika
berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat
talak, maka tidak berlaku talak.
Jenis talak boleh rujuk:
Talak
raj’i
- Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada
isterinya.
Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam
idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak
benarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.
Jenis talak tidak boleh rujuk:
Talak bain
- Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang
ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk
kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya
berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya,
setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah
dengan suami barunya.
20) HAK - HAK SELEPAS PENCERAIAN
- nafkah hanya diberi kepada isteri yang dicerai dengan
talak raj'i
- isteri yang mengandung wajib mendapat nafkah sekalipun
diceraikan dengan talak ba'in

(Diharapkan semua jawapan diatas dapat membantu sedikit sebanyak
kepada semua bakal pengantin. Allahu'alam)
0 comments:
Post a Comment